Donald Trump. foto Agensi

WASHINGTON – Amerika Syarikat mengumumkan tarif bahari 10 peratus kepada produk China bernilai AS$300 bilion mulai 1 September ini.

Pengumuman ini merupakan serangan terkini dalam perang perdagangan yang semakin memuncak antara kedua-dua negara.

Ia berlaku selepas rundingan semula dua hala gagal menemui persepakatan seperti yang dikehendaki.

Trump mengkritik China kerana tidak menghormati janji untuk membeli lebih banyak produk pertanian Amerika Syarikat.

Malah, beliau turut menyerang Presiden Xi Jinping kerana tidak dapat menjual opioid fentanyl sintetik.

Presiden itu menambah, tarif 10 peratus adalah langkah jangka pendek dan tarif boleh dinaikkan secara berperingkat hingga lebih daripada 25 peratus.

“Sepatutnya langkah ini dilaksanakan ke atas China dahulu lagi,” ujarnya.

Levi terbaharu ini akan memberi kesan kepada banyak barangan daripada telefon pintar hinggalah kepada pakaian kanak-kanak.

Dewan Perdagangan Amerika Syarikat yang mewakili lebih daripada tiga juta syarikat negara ini berkata, tarif terbaru di China “hanya akan menimbulkan kesakitan yang lebih besar terhadap perniagaan Amerika, petani, pekerja dan pengguna, dan menjejaskan ekonomi Amerika’.

Sehubungan itu, beliau menggesa kedua-dua pihak menghapuskan semua tarif.

Bekas ketua penasihat ekonomi Trump, Gary Cohn, dalam wawancara BBC berkata, ‘pertempuran’ tarif mempunyai “kesan dramatik” terhadap pembuatan dan pelaburan modal Amerika Syarikat.- MalaysiaGazette