Wee Ka Siong

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan (PH) diminta menjawab adakah benar dakwaan sudah menerima pembayaran sebanyak AS$42.2 juta (RM175 juta) daripada Lynas Corporation.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong bertanya, apakah tujuan pembayaran itu dibuat oleh syarikat yang mengeluarkan nadir bumi itu.

Katanya, setakat ini kerajaan masih membisu tentang pembayaran ini sedangkan Lynas Corporation telah mengeluarkan kenyataan bagi mengesahkan pembayaran deposit.

Dua hari lalu dalam satu kenyataan, Lynas berkata, ia telah mendepositkan AS$42.2 juta dengan kerajaan Malaysia dalam bentuk bon tunai dan sokongan tunai bagi tujuan pembiayaan pengurusan sisa jangka panjang.

Lynas membuat kenyataan tersebut selepas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, eksport sisa penulenan air larut lesap (WLP) bukan menjadi syarat pembaharuan lesen operasi syarikat tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast