KUALA LUMPUR – Bapa bekas vokalis Exist Ezad Lazim iaitu Mohd Lazim Ismail meninggal dunia kira-kira jam 7.25 malam tadi.

Perkara itu dikongsikan oleh Ezad menerusi Instagramnya.

Bapanya dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, akibat De kuman di bahagian pinggang yang seterusnya merebak ke paru-paru.

Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman UDA, Alor Setar.

Mohd Lazim pernah menjadi pemuzik bersama kumpulan muzik di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kedah.-MalaysiaGazette