Dr Mohd Khairuddin Aman Razali
Dr Mohd Khairuddin Aman Razali

KUALA LUMPUR – Cadangan mengecilkan perkhidmatan awam oleh ahli perniagaan yang juga pengasas syarikat Gamuda Berhad, Koon Yew Yin bersifat rasis.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, selepas menerima kecaman teruk dari rakyat Malaysia berhubung tuduhannya terhadap anggota tentera hanya makan dan tidur, kini pemilik IJM Corporation itu beralih pula kepada cadangan lain.

Kata beliau, perkhidmatan awam dipelopori oleh majoriti orang Melayu beragama Islam dan itu adalah sebahagian daripada hak istimewa Melayu yang diperuntukkan oleh perlembagaan Malaysia.

“Jadi, dengan cadangan oleh Yew Yin supaya kerajaan mengurangkan penjawat awam bererti dia mahu mengurangkan perjawatan dan pekerjaan bagi orang Melayu.

“Inilah nasib negara yang didominasi oleh kuasa politik bukan Melayu Islam. Mereka semakin berani. Mereka sentiasa mencari jalan untuk mengecilkan hak-hak Melayu.

“Sangat malang jika ada Melayu yang masih hanyut dibuai mimpi dengan Malaysia baharu,” katanya menerusi hantaran akaun Facebooknya, hari ini.

Semalam, media melaporkan Yew Yin sebagai berkata, tempoh dua setengah jam disoal siasat polis Isnin lalu berhubung kenyataan dalam blognya yang didakwa menghina Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai ‘benar-benar istimewa’.

Ahli perniagaan berusia 87 tahun itu yang memberi keterangan di Balai Polis Jelapang, Ipoh berkata, beliau disoal siasat kerana memberikan enam cadangan kepada kerajaan dalam laman blognya untuk mengurang dan meningkatkan mutu perkhidmatan penjawat awam.

Namun, beliau tetap mempertahankan cadangannya itu dan mahu ia dipertimbangkan oleh kerajaan.

Dalam kenyataan menerusi blognya itu, beliau minta kerajaan Pakatan Harapan (PH) menimbangkan cadangannya itu dengan serius, bukan sebaliknya mengarahkan polis menyoal siasat beliau.

Beliau mendakwa, kerajaan telah dikaburkan oleh isu kecil tanpa melihat isu yang lebih besar, iaitu supaya jumlah penjawat awam di negara ini dikurangkan untuk Malaysia menjadi negara membangun. – MalaysiaGazette

1 Komen

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.