KUALA LUMPUR – Tiada insiden serangan siber dikesan setakat ini dalam gangguan sistem rangkaian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) sejak gangguan itu mula dikesan pada 21 Ogos.

Menurut kenyataan dari Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) malam ini, dapatan awal oleh Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) menunjukkan bahawa gangguan disebabkan kegagalan kelengkapan rangkaian.

“Pada masa ini, semua usaha difokuskan untuk memastikan operasi di KLIA dan KLIA2 kembali pulih sepenuhnya. MAHB telah mengambil dan akan terus mengambil semua langkah yang perlu untuk mempercepat proses itu kembali pulih, ” kata kenyataan tersebut.

NASCA akan terus memantau dan menjalankan siasatan lanjut dengan semua agensi berkaitan.- BERNAMA

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.