Penganalisis politik, Azmi Hassan bercakap kepada media selepas pada Wacana Intelektual Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 13 SEPTEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Penganalisis politik, Prof. Azmi Hasan meminta penganjur Himpunan Penyatuan Ummah (HPU) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) memberi kebebasan sepenuhnya kepada media membuat liputan.

Katanya, ketika meninjau sekitar tempat HPU, beliau terpandang satu tanda bertulis “Hanya Media Berdaftar” di meja urusetia.

“Saya tidak tahu apa maksud “Hanya Media Berdaftar”, adakah ia khusus untuk media yang berdaftar atau macam mana?

“Bagi saya, apa salahnya beri kebebasan kepada semua media membuat liputan supaya mesej HPU ini sampai ke akar umbi,” katanya yang memulakan mukadimah sebagai ahli panel Wacana Intelek sempena HPU914 di Dewan Tun Hussein Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Menurut Azmi, sebagai penganalisis politik menerima pelawaan sebagai penulis khas mengenai politik dalam portal Parti Amanah Negara (PAN), portal Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Utusan Malaysia.

Jelasnya, sebagai ahli akademik, beliau tidak ada masalah untuk menyumbangkan penulisan untuk media berkenaan. – MalaysiGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast