Jerome Powell. foto Agensi

WASHINGTON – Bank Pusat Amerika Syarikat (AS) telah mengurangkan kadar faedah buat kali kedua sejak tahun 2008 berikutan kebimbangan pertumbuhan perlahan global dan perang perdagangan.

Penurunan oleh Rizab Persekutuan itu sudah dijangkakan  sebanyak 25 mata asas kepada antara 1.75% dan 2%.

Presiden Donald Trump memberi tindak balas dengan menyifatkan Pengerusi Rizab Persekutuan, Jerome Powell kerana kurang berani.

Bank Pusat AS itu berkata, pengurangan itu bertujuan untuk memajukan ekonomi AS, di tengah-tengah “ketidaktentuan” mengenai pertumbuhan masa depan.

Bagaimanapun, terdapat pelbagai pandangan mengenai keputusan tersebut kerana ada yang berpendapat kadar faedah perlu dikurangkan lagi.

Tujuh ahli Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan yang menetapkan kadar faedah termasuk Powell memutuskan untuk menurunkannya.

Manakala dua ahli mahu kadar faedah kekalkan dan satu berpendapat kadar tersebut wajar dikurangkan lagi.

Powell berkata, penggubal dasar memutuskan pemotongan kali kedua selepas pertumbuhan global perlahan dan ketegangan perdagangan memburukkan musim panas.

Walau bagaimanapun, beliau menolak keperluan untuk kadar faedah negatif – cadangan yang disokong oleh Trump. – MalaysiaGazette