azizi safar
Azizi Safar

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir diharap tidak sesekali melupakan ‘janji’ tindakan ke atas Waytha Moorthy sejurus selepas menerima laporan penuh inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim kelak.

Menurut pemerhati politik, Azizi Safar dalam laman sosial Facebook miliknya mengingatkan Dr Mahathir tidak sesekali lupa yang telah dijanjikan oleh beliau berhubung kedudukan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

“As for me, as a government official, I am within the government system, and as the prime minister, I can only make a statement after seeing the full investigation findings, because this is quite serious, causing clashes between Malays and Indians, this is not a good thing.

“I will decide after receiving evidence from all parties,” – Azizi memetik semula kata-kata Perdana Menteri yang dilaporkan sebuah akhbar berhubung inkues Adib.

Selain daripada itu, secara sinis, Azizi turut melontarkan persoalan seandainya Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas ada mengeluarkan apa-apa kenyataan selepas keputusan berhubung siasatan kes kematian dikeluarkan oleh mahkamah koroner semalam.

“Tidak ada berita tentang Tommy Thomas selepas keputusan mahkamah koroner semalam? Sudah ‘resign’ kah?,” soalnya.

Sebelum ini, pelbagai pihak mendesak Waytha dipecat kerana dituduh mengeluarkan kenyataan yang mencetuskan perasaan tidak puas hati di kalangan bangsa Melayu dan kaum India.

Waytha juga dituduh gagal menjalankan tugasnya sebagai menteri yang menjaga perpaduan negara.

Sebelum ini, satu petisyen yang mendesak Waytha dilucutkan jawatan juga ditandatangani oleh lebih 300,000 rakyat Malaysia.

Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Disember tahun lalu selepas bertarung nyawa selama 21 hari, akibat kecederaan parah di badan setelah dipukul perusuh kuil.

Baru-baru ini ketika ada spekulasi kemungkinan ada rombakan Kabinet dan Waytha dilaporkan akan menerima apa sahaja keputusan Dr Mahathir termasuk mengeluarkannya dari jawatan Menteri itu. –MalaysiaGazette