Dr Chiang, diarahkan meninggalkan segara UK kerana didakwa baki akaun simpanan bank tidak menepati syarat yang ditetapkan sehingga permohonan visa kerjanya ditolak pihak berkuasa UK.

LONDON – Seorang doktor wanita muda diarahkan meninggalkan United Kingdom (UK) gara-gara baki dalam simpanan akaun banknya menyusut 945 pound dalam masa 90 hari sebelum mengemukakan permohonan visa baharu pekerjaan.

Mu Chun Chiang, 27, menetap di UK sejak 13 tahun lalu dan menurutnya apa yang disifatkan sebagai kesilapan pengurusan yang tidak masuk akal, permohonan visa baharunya ditolak.

Malah dia dimaklumkan pejabat Setiausaha Dalam Negeri supaya meninggalkan UK atau berdepan risiko enam bulan penjara.

“Apabila saya menerim surat pemberitahuan itu, ternyata terkejut. Saya bimbang kerana saya sudah disahkan sebagai kakitangan tetap dan meninggalkan semua kakitangan sejabatan akan memberi kesan yang menyedihkan,” katanya.

Chiang yang berasal dari Taiwan tinggal di Glasgow dari tahun 1997 hingga tahun 2002 dengan ibu bapanya sebelum kembali ke UK pada tahun 2006 untuk belajar.

Sejak itu Chiang menetap di UK dan kini berkhidmat di Hospital Universiti Aintree di Liverpool.

Selepas visa pelajar Chiang tamat tempoh pada Jun lepas, dia mengemukakan permohonan visa pekerjaan yang baharu yang kemudian ditolak pada Ogos lalu.

Penolakan Visa disebabkan peraturan Dalam Negeri yang menyatakan bahawa baki simpanan akaun bank seseorang pemohon tidak boleh kurang daripada 945 pound dalam tempoh 90 hari.

Cheng bagaimanapun menegaskan dia memiliki simpanan melebihi daripada simpanan minimum yang disyaratkan bank dan penyata akaun bank berkenaan yang digunakan untuk permohonan visa pekerjaan itu mempunyai simpanan wang yang betul setiap bulan kecuali simpanan wang dalam satu satu akaunnya kurang untuk beberapa hari sahaja.

Dia kemudian mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu dengan menghantar semula satu penyataan akaun simpanan yang berasingan untujk menunjukkan dia memiliki simpanan yang disyaratkan bank malangnya ia juga tidak dilayan dengan alasan tidak dilampirkan bersama permohonan awal.

Chiang menerima surat pada Jumaat lalu daripada pejabat Dalam Negeri yang memaklumkan permohonannya tidak berjaya dan dia harus meninggal UK sekarang atau berhak ditahan dan dibuang dari negara itu.

Surat itu juga mendakwa dia boleh didakwa sehingga tidak boleh bekerja agtau menikmati kemudahan di UK sekaligus mengekangnya daripada meneruskan tugasnya di hospital berkenaan di Liverpool.

Majikan juga menyatakan kepada Chiang bahawa ekoran surat kerajaan itu, dia berkemungkinan tidak dibayar syif lebih masa sejak penerimaan surat bertarikh 19 September itu.

Ketua Eksekutif Majlis Kebajikan Imigran UK, Satbir Singh berkata, tindakan ke atas Chiang adalah tidak masuk akal serta tidak berperikemanusiaan selain membias sistem imigresen UK sebagai gagal.

“Bayangkan seseorang boleh diancam boleh ditahan dan dibuang hanya disebabkan sebuah kesilapan teknikal yang kecil dalam permohonan visa.

“Ini menunjukkan bahawa wujud keperluan segera untuk pembangunan semula sistem sedia ada supaya orang yang berhijrah ke sini dilayan adil dan penuh berperikemanusiaan,” tegasnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast