MIDDLETOWN, Amerika Syarikat – Sebuah pesawat ringan yang dalam proses mendarat di di Pennsylvania terpaksa mendarat di kawasan cetek Sungai Susquehanna yang terletak beberapa kilometer dari stesen tenaga nuklear, Three Miles Island.

Pengarah Eksekutif Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Serantau Susquehanna, Tim Edwards berkata, juruterbang dan penumpang pesawat berenjin tunggal itu dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) berkata, dua individu keluar melalui sayap pesawat Piper, PA-46.

Edward berkara, kemalangan berlaku petang semalam, kira-kira 3 kilometer dari stesen Three Miles Island ketika pesawat tersebut dalam proses mendarat Lapangan Terbang Antarabangsa Harrisburg, lapor AP.

Beliau berkata, penjin pesawat tersebut telah hilang kuasa dan tidak tahu dari mana ia berlepas. – Agensi