WASHINGTON – Kedutaan China di Washington mengecam sekatan visa ke atas beberapa pegawai China berhubung layanan Beijing terhadap minoriti Islam di Xinjiang yang disifatkan sebagai gangguan dalam hal ehwal dalaman negara itu.

Keputusan AS itu “secara serius telah melanggar norma-norma dasar yang mengatur hubungan antarabangsa, mengganggu hal-hal dalaman China dan mengancam kepentingan China.

“China tidak bersetuju dan menentangnya, “kata seorang jurucakap kedutaan dalam satu kenyataan.

Tegas jurucakap itu lagi: “Xinjiang tidak mempunyai isu hak asasi manusia seperti yang dituntut oleh AS. Tuduhan oleh AS hanyalah alasan untuk campur tangan”. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.