Ahmad Hazwan Bakri - fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR – Kelab Johor Darul Taz’zim membalas kritikan yang dibuat ke atas juara Liga Super itu dan juga penyerang mereka, Ahmad Hazwan Bakri.

Menerusi Facebook Johor Southern Tigers, JDT sedar beberapa pengendali media sosial telah menjadikan kelab sebagai sasaran dengan menuduh menjadi punca Hazwan tidak mampu lagi meneruskan kerjaya di peringkat tertinggi.

“Terdapat beberapa akaun media sosial yang mengeluarkan sindiran bahawa Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim adalah penyebab Ahmad Hazwan Bakri tidak mampu lagi meneruskan kerjayanya dalam peringkat tertinggi.

“Ini adalah pandangan yang tidak adil terhadap JDT dan berniat buruk untuk mencemarkan imej kelab,” kata JDT dalam satu kenyataan.

JDT turut berkongsi statistik penglibatan Hazwan sejak menyertai kelab itu dari Selangor.

“Hazwan memiliki rekod 4,297 minit sepanjang tiga musim di JDT dengan kemunculan penampilan seperti berikut: 2017: 31 penampilan, 7 jaringan gol, 5 ‘assists’; 2018: 38 penampilan, 4 jaringan gol, 6 ‘assist’; 2019: 8 penampilan, 1 ‘assist’.

“Secara keseluruhan, Hazwan telah membuat penampilan dalam 78 perlawanan untuk JDT.

“Akhir sekali, Hazwan mungkin juga seorang jutawan yang tidak perlu bimbang tentang gaji yang tidak dibayar seperti di beberapa kelab Malaysia lain kerana kebajikan pemain JDT diletakkan sebagai keutamaan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Bukan cerita jadi jutawan.. kita ni krkurangan pemain peringkat kebangsaan.
    Kalau tiap tahun ambil pemain luar dan menutup ruang pemain trmpatan .. aoa maknanya.
    Akya dsn Safik juga akan mengalami nasib ssma.

Comments are closed.