SINGAPURA – Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS) melonggarkan dasar monetari buat pertama kalinya dalam tempoh tiga tahun mulai hari ini disebabkan pertumbuhan perlahan ekonomi pada tahun ini.

Kali terakhir MAS mengurangkan kumpulan dasar S$NEER adalah pada bulan April 2016 dengan penetapan sifar peratus.

Dalam semakan dasar monetari terkini, MAS berkata, ia merendahkan sedikit polisi kadar pertukaran dolar Singapura daripada sebelum ini “sederhana dan beransur-ansur”.

Tetapi, tahap sekumpulan dasar itu berpusat tidak berubah.

Strategis DBS FX, Philip Wee berkata, ia bermakna dolar Singapura akan meningkat sebanyak 0.5 peratus setahun berbanding 1 peratus sebelumnya, berbanding bakul matawang-mata wang utama. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast