Teo Nie Ching.

KUALA LUMPUR- Universiti Malaya (UM) tidak berhak untuk menahan transkrip ijazah Wong Yan Ke walaupun selepas graduan itu berkelakuan biadap semasa hari majlis konvokesyennya, Isnin lalu.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching secara peribadi tidak bersetuju dengan tindakan UM jika pihak itu berbuat demikian.

“Saya secara peribadi tidak bersetuju (dengan tindakan tersebut),” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Kembali Ke Sekolah di sini hari ini.

Tambah Nie Ching, Kementerian Pelajaran sedang berusaha supaya kedua-dua pihak iaitu Yan Ke dan UM boleh berbincang bagi menyelesaikan isu tersebut.

“Bagi menyelesaikan isu ini, kami mahu kedua-dua pihak untuk berbincang dan bukannya berlawan-lawan. Kami dalam proses untuk melakukannya,” katanya lagi.

Yan Ke yang ketika ini disiasat di bawah Seksyen 504, Kanun Keseksaan selepas satu laporan polis dibuat oleh UM kerana membawa plakad dengan tulisan “Tolak Rasis dan Undur VC” selain menjerit ini “Tanah Malaysia” ketika berada di pentas untuk menerima ijazah di upacara Hari Konvokesyen UM.-MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Hai ko siapa nk halanh pihak universiti ..ko jadi menteri pun mcn bodoh je..tak ada fungsi lagsung pun…menang atas penipuan n fitnah je…lebih lama dapig2 tadbir negara lgi byk lh kemusnahan akn berlaku..aku harap pm buat sesuatu sblum peristiwa 13 mei berulang..harap2 sgt pm buat sesuatu..supya jgn smpai nasi menjadi bubur..

Comments are closed.