Lelongan kapal pesiaran mewah 'Equanimity’ yang didakwa milik ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low telah menarik minat pembeli daripada rantau Asia, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Syarikat.
Kapal mewah Tranquility yang dahulunya dikenali sebagai Equanimity.

KUALA LUMPUR – Kapal mewah yang pernah menjadi milik ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho yang lebih dikenali dengan nama Jho Low dijual sekali selepas dibeli oleh Genting Malaysia Bhd pada April lalu.

Kerajaan Malaysia telah menjual Tranquility yang dikenali sebagai Equanimity semasa dimiliki Jho Low pada harga US$126 juta (RM514.14 juta) kepada Genting.

Business Insider melaporkan perkembangan terbaharu tawaran jualan Traquility pada harga US$200 juta (RM837 juta), menurut syarikat kapal Camper & Nicholsons (C&N).

Bagaimanapun tidak dinyatakan bila Genting mula menjual kapal mewah tersebut.

Kapal Equanimity kini tukar nama Tranquility

April lalu, dalam notis kepada Bursa Malaysia, Genting Malaysia berkata, ia telah membuat penawaran pada 28 Mac lalu kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membeli Equanimity.

Kylie Jenner sambut ulang tahun atas Tranquility

Kapal mewah itu merupakan salah satu barangan yang dirampas oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dan kemudiannya kerajaan Malaysia susulan siasatan terhadap skandal 1Malaysia Development Bhd. (1MDB). – MalaysiaGazette

 

Jual Equanimity kepada Genting kerana harga beli yang terbaik – Guan Eng

Genting sahkan beli Equanimity pada harga RM514.6 juta