Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semasa hadir pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 16 OKTOBER 2019

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menggesa agar kepimpinan Pakatan Harapan (PH) bertanya kepada pengerusinya mengenai dakwaan penubuhan kerajaaan baharu melalui ‘pintu belakang’.

Ujar beliau, PH tidak perlu terus mempersoalkan dakwaan yang mengaitkan dirinya sebagai antara pemimpin yang cuba menggerakkan usaha penubuhan kerajaan baharu melalui ‘pintu belakang’ dengan mengenepikan Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP.

“Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir) adalah pemimpin mereka (PH) bukan saya.

“Mereka sepatutnya bertanya hal itu dengan Perdana Menteri kerana Tun Mahathir adalah pemimpin mereka.

“Mengapa patut mereka menyalahkan UMNO dan (Ahli Parlimen) Sembrong (merujuk beliau),” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Dalam pada itu, bekas Menteri UMNO itu berkata, kerajaan PH sekarang dilihat takut dengan bayang-bayang sendiri sehingga terpaksa menuduh pihak lain yang cuba memporak-perandakan gabungan mereka.

“Sekarang mereka tuduh saya mahu tubuh kerajaan pintu belakang, saya tidak faham maksudnya dan hendak buat macam mana pun tidak pasti.

“Kalau ada bukti pun, apa yang saya boleh buat sebab saya mana ada pegang sebarang jawatan penting?

“Saya rasa mereka (PH) berasa tidak selamat, takut dengan bayang-bayang sendiri. Bila mentaliti masih pembangkang, yang jadi sasaran UMNO dan Sembrong,” katanya.

Perkara itu dibangkitkan Majlis Setiausaha setelah mereka mendesak agar Hishammuddin menghentikan kempen yang cuba menampilkan idea kerajaan tanpa penyertaan DAP dan parti Amanah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. MASA Untuk Mamak PEMBELIT Hanya Tinggal 6 Bulan Dari Sekarang!Dia Suruh KRONI2 NYA Jalankan JARUM Untuk Menyucuk AHLI UMNO Supaya Menyertai PHANCING Bagi Melawan TIBAI!Kalau Jarum TUMPUL Mamak PEMBELIT akan TETIBAI!

Comments are closed.