mof
Sri Mulyani Indrawati.

JAKARTA – Sri Mulyani Indrawati kekal sebagai Menteri Kewangan Indonesia untuk penggal kedua.

Presiden Joko Widodo dilaporkan telah menamakan lebih 12 calon untuk jawatan menteri termasuk pesaingnya semasa Pilihan Raya Presiden Prabowo Subianto yang dilantik sebagai Menteri Pertahanan.

Semua calon telah datang ke istana presiden untuk ditemuduga oleh Joko tetapi kebanyakan mereka enggan mengesahkan pelantikan mereka.

Mulyani berkata, beliau telah bersetuju untuk kekal sebagai Menteri Kewangan dan memastikan polisi-polisi yang menjadi keutamaan Jojo disokong termasuk menambah baik sumber manusia, mewujudkan peluang pekerjaan dan melaksanakan bajet kerajaan dengan baik diteruskan.

“Saya berpendapat Indonesia menghadapi ketidaktentuan ekonomi global dan kelembapan ekonomi telah memberi tekanan kepada seluruh dunia.

“Sehubungan itu, polisi perlu diteruskan untuk menampan ekonomi daripada cabaran kelembapan dunia,” katanya.

Mulyani menambah, beliau juga berbincang pelbagai pendekatan untuk mengurangkan defisit dagangan dan akaun semasa.

Beliau adalah bekas Pengarah Urusan Bank Dunia dan dilantik sebagai Menteri Kewangan Indonesia sejak tahun 2016,

Kini Mulyani adalah Menteri Kewangan Indonesia paling lama, selepas menjawat jawatan itu semasa pentadbiran Susilo Bambang Yudhoyono. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.