Foto Instagram Ika Nabila.

KUALA LUMPUR – Pelakon Ika Nabella bergelar ibu selepas selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan swasta, di sini semalam.

Berkongsi berita gembira itu di Instagram, Ika atau nama penuhnya Nabila Abdul Rahim, 30, berkata, dia melalui proses kelahiran secara normal dan bayi seberat 3.25 kilogram itu berada dalam keadaan sihat.

Alhamdulillah, syukur Ya Allah. Pahlawan kecil saya selamat dilahirkan secara normal,” tulisnya ringkas.

Pada Mei lalu, Ika berkongsi berita gembira mengumumkan kehamilannya selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.

Ika dan suaminya, Muhammad Zaid Aznam diijabkabulkan di Dewan Batu Maung, Pulau Pinang pada 30 Julai 2016. – MalaysiaGazette