Tengku Razaleigh Hamzah

KUALA LUMPUR – Tindakan Barisan Nasional (BN) meletakkan pemimpin MCA sebagai calon bagi PRK Parlimen Tanjung Piai satu keputusan yang bijak untuk masa depan negara.

It pendapat Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau menyokong 100 peratus calon BN, Datuk Seri Wee Jek Seng demi memikirkan masa depan dan nasib negara.

“Keputusan kepimpinan yang dicapai untuk PRK Tanjung Piai itu merupakan satu keputusan yang baik mengambil kira juga pergolakan politik tanah air sekarang ini.

“Ini nampaknya membuka peluang baru untuk masa depan rakyat kita, syabas saya ucapkan kepada pimpinan kita dalam UMNO, MCA, MIC dan Pas. Saya rasa kita boleh bekerjasama dengan kuat dan erat untuk menjamin kejayaan kita dalam PRK ini,” katanya kepada UMNO-Online hari ini.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Li melihat kepada komposisi kaum di kawasan Tanjung Piai dan beranggapan calon terbabit dapat disesuaikan dengan keadaan setempat.

“Tiap pilihan raya kita kena bekerja keras dan kita semua kena ikhlas antara kita dengan pengundi… tak boleh kita nak main silap mata dan menipu atau sebagainya.

“Kita kena jelaskan kedudukan yang sebenar, rakyat kita bukan bodoh… rakyat kita cerdik… kita kena beri keyakinan kepada rakyat bahawa BN masa depan yang baik dan kita tidak pernah menghampakan rakyat.”

Mengulas berkaitan Tanjung Piai sebagai PRK yang pertama sejak Muafakat Nasional dimetrai, beliau berkeyakinan ia akan memberi gambaran baru kepada rakyat.

PRK Parlimen Tanjung Piai bakal daiadakan pada 16 Nov depan berikutan penyandangnya Datuk Dr. Md. Farid Md. Rafik, 42, dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri meninggal dunia di Hospital Pontian akibat serangan jantung pada September lalu. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Setiap ahli…kena lah patuh apa2 keputusan drp pemimpin. Baru lah sesuatu organasasi akan unggul dan terus kuat .

    • Pemimpin ada 72 pertuduhan mahkamah salahguna kuasa dan salahguna kedudukkan jadi layak ke terus ikut telunjuk Pemimpin yang berstatus OKT dalam kandang mahkamah.,itu belum lagi kaitkan dengan Penasihat Parti.

  2. PRK tanjung piai ada lah satu2 untuk menguji kekuatan PH atau pembangkang..
    Kerajaan mesti ada nilai tambah untuk meraih pengundi tanjung piai…dan semoga di permudahkan

  3. PRK bukannya PilihanRaya memilih kerajaan tetapi PilihanRaya memilih wakil Rakyat…untuk apa pilih Wakil Rakyat dari calon pembangkang (inilah Formula termudah) kepada Pengundi .,pilihlah jalan mudah untuk sebarang kepentingan dan kemudahan kampong,surau,masjid,jalan bertar dan pelbagai lagi dengan memilih wakil Rakyat dari kalangan kerajaan yang memerintah untuk 3 tahun kehadapan sebelum PRU 15.,jadilah pengundi bijak dan tiada keperluan mengundi wakil rakyat dari pembangkang untuk 3 tahun ini.,jadilah pengundi yang berfikiran bijak.

Comments are closed.