KUALA LUMPUR – Seperti kebiasaan dan tahun-tahun sebelum ini, Malik Streams Corporation Sdn Bhd sentiasa melakukan pelbagai amal jariah tampil menawarkan 100 tempat kepada golongan kurang berkemampuan mengerjakan umrah pada Januari tahun depan.

Malik Streams yang diterajui oleh pengarah urusannya, Datuk Abdul Malik Dasthigeer berkata, peluang itu terbuka kepada ibu dan bapa tunggal serta mereka yang menerima bantuan daripada Baitulmal, fakir miskin dan yang pertama kali ingin ke Tanah Suci.

“Dengan izin Allah, kami akan membuat pemilihan dan menghantar mereka yang terpilih kesemuanya berumur 45 tahun ke atas untuk menunaikan umrah pada Januari 2020.

“Pada saya, semoga amal jariah daripada Malik Streams dapat memberikan kegembiraan kepada para jemaah umrah terutamanya yang menjejakan kaki buat kali pertama ke Tanah Suci. Saya sungguh teruja, perasaan ini sukar saya lafazkan melalui kata-kata,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Mereka yang ingin memohon boleh berbuat demikian dengan datang sendiri ke Wisma Malik di alamat 23 & 25, Jalan Tun Tan Siew Sin, 50050, Kuala Lumpur.

Pemohon diminta membawa bersama dokumen-dokumen penting seperti kad pengenalan, surat beranak, sijil kelahiran anak-anak, kad Orang Kurang Upaya (OKU), surat Baitulmal atau Surat Sumpah Fakir Miskin.

Permohonan menerusi aplikasi WhatsApp boleh dibuat menerusi talian 010-8904 414 (Abdul Malik) dan +91 84898 60771 (Ustaz Izzat).

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Disember ini. –MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast