KUALA LUMPUR- Bursa Malaysia meneruskan aliran positifnya dalam dagangan pagi ini, dipengaruhi faktor sentimen optimis dagangan global.

Ia menyusuli pengumuman oleh Washington dan Beijing semalam untuk mengembalikan cukai yang dikenakan ke atas barangan dari kedua-dua negara.

Pada jam 9.22 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 0.75 mata lebih tinggi kepada 1,610.08 berbanding penutup pada Khamis, 1,609.33.

Bagaimanapun, indeks berkenaan dibuka rendah 2.24 mata pada 1,607.09.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 234 berbanding 145 manakala 264 kaunter lagi tidak berubah, 1,350 tidak didagangkan dan 16 yang lain digantung.

Jumlah keseluruhan saham adalah sebanyak 455.57 juta saham bernilai RM185.12 juta. -BERNAMA