TERKINI : HARI INI!!! Pengundi Akan Tentukan Nasib Saya – Wee Jeck Seng

PONTIAN – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, Datuk Seri Wee Jeck Seng berseloroh apabila mengatakan beliau telah mendapat dua undi.

Ketika ditemui media selepas membuang undi di Pusat Mengundi (PDM) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yu Ming 1, Jeck Seng berkata, undi itu diperoleh daripada beliau dan isterinya.

Katanya, beliau yakin akan mendapat sokongan daripada pengundi-pengundi ekoran perkembangan positif selepas menemui mereka di pusat mengundi berkenaan.

“Saya sudah dapat dualah (undi). Tapi saya harap pengundi akan berikan saya peluang, itu saja yang saya boleh katakan,” katanya.