Presiden Seniman, Rozaidi Abdul Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi bercakap pada sidang media mengenai Seniman Charity and Fun Run 2018 di PNB Perdana Hotel & Suites, Kuala Lumpur. foto NIZAM ZAIN, 21 DISEMBER 2017

KUALA LUMPUR- Rozaidi Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) bagi penggal 2019-2022 selepas menang tanpa bertanding pada Mesyuarat Agung Seniman Ke-18, kelmarin.

Setiausaha Agung Seniman Mohd Hafiz Mohd Nafiah dalam kenyataan berkata mesyuarat yang berlangsung di Pawagam Mini P. Ramlee Finas Hulu Kelang itu dihadiri 115 ahli berdaftar Seniman.

Katanya, pada mesyuarat itu, pelakon Zuraini Kassim juga menang tanpa bertanding bagi jawatan timbalan presiden.

Tambahnya mesyuarat pertama barisan kepimpinan Seniman itu akan diadakan dalam masa terdekat untuk melantik tiga lagi exco tambahan. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.