Wang Yi. foto Agensi

BEIJING – China memberi amaran bahawa sesiapa pun tidak dibenar memusnahkan kestabilan dan kemakmuran Hong Kong.

Amaran tersebut dibuat selepas pembuat dasar Amerika Syarikat meluluskan rang undang-undang hak asasi kemanusiaan ke atas wilayah milik Beijing itu.

Pendirian China itu dikemukakan oleh Diplomat Kanan China, Wang Yi semasa pertemuan dengan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat di sini.

Kementerian Luar China dalam satu kenyataan berkata, China juga sama sekali tidak akan membenarkan mana-mana pihak mempertikaikan prinsip ‘dua sistem dalam sebuah negara’ yang diamalkannya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast