WASHINGTON – Microsoft Corp telah mendapat lesen daripada kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk mengeksport perisian kepada Huawei Technologies Co Ltd.

“Pada 20 November, Jabatan Perdagangan AS memberi kelulusan kepada Microsoft mendapatkan lesen untuk mengeksport perisian pasaran besar-besaran ke Huawei.

“Kami menghargai keputusan jabatan ke atas permohonan yang dibuat,” kata jurucakap Microsoft.

Pentadbiran Presiden AS, Donald Trump pada Rabu lalu telah lanjutan lesen kepada Huawei.

Lesen itu akan membenarkan sesetengah pembekal memulakan semula jualan kepada gergasi telekomunikasi China selepas ia diletakkan dalam senarai hitam perdagangan atas alasan keselamatan negara enam bulan yang lalu.

Jabatan Perdagangan mengesahkan ia telah mengeluarkan lesen bagi sesetengah syarikat untuk menjual barangan kepada Huawei, memperluaskan pangkalan pembekal syarikat itu dan memberikan kejelasan yang lama ditunggu-tunggu kepada industri yang pernah menjualnya bernilai berbilion dolar. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Sebab itulah Bill Gates jadi orang mahakaya atas dunia dgn jual lesen software berulang2 kali ajer, mengalahkan Amazon.com

Comments are closed.