Safawi Rasid antara 10 calon yang dipilih AFC untuk anugerah gol terbaik Liga Juara Juara Asia 2019 kali ini.

KUALA LUMPUR – Bintang sayap Harimau Malaya, Safawi Rasid mengungguli senarai calon penjaring gol terbaik Liga Juara Juara Asia AFC 2019 yang telah dibuka sejak Khamis lalu.

Jawatankuasa AFC menerusi laman web rasminya theafc.com membuka undian dengan menyenaraikan seramai 10 calon pemain mewakili pasukan bola sepak Asia untuk mengangkat jaringan gol mereka sebagai terbaik bagi penerimaan anugerah khas itu.

Berita yang menggembirakan ketika ini ialah bintang Harimau Malaya Safawi mengungguli senarai itu dengan memperolehi lebih 500,000 undi daripada peminat bola sepak Asia.

Tiga hari selepas undian dibuka, Safawi berjaya meraih 511,960 undi atau 52 peratus.

Bagaimanapun dia diekori rapat oleh calon pemain Khalilzadeh yang setakat ini memperoleh 430,807 undi (44 peratus) dan secara keseluruhannya sebanyak 980,556 undi telah direkodkan setakat ini.

Rakyat Malaysia beramai-ramai digalakkan untuk merakamkan undi anda dalam laman tersebut untuk memastikan gol anak muda kita diangkat sebagai terbaik dalam kejuaraan Asia AFC 2019 kali ini.

Sejak kejohanan berprestij melibatkan kelab-kelab bola sepak itu di Asia berakhir, AFC telah membuka undian untuk memilih 10 gol terbaik jaringan pemain kelab-kelab Asia dalam Liga Juara-Juara AFC 2019.

Jaringan gol dari jarak jauh, gol akrobatik, gol sepakan percuma, dan gol menerusi pergerakan terbaik pasukan dan pelbagai lagi sudut sepanjang saingan ACL musim ini yang telah menarik perhatian peminat bola sepak Asia.

Kelab Arab Saudi Al Hilal dinobat sebagai juara setelah menundukkan kelab Jepun Urawa Reds Diamond dengan keputusan 3-0 agregat.

Musim lalu pemain Kitchee FC Cheng Chin Lung memenangi anugerah jaringan terbaik ACL 2018 setelah berjaya memperoleh undian sebanyak 1.3 juta.

Seramai 10 pemain disenaraikan AFC dari pasukan Uzbekistan hingga ke Kelab Urawa untuk mencalonkan pemain yang menjaringkan gol terbaik.

Mengikut senarai, Pemain PFC Lokomotiv, Islom TukhTakhujaev dan gol menarik sepakan percuma disenaraikan.

Calon kedua adalah gol rembatan dari luar kotak penalti oleh Gonzalo Viera dari kelab Al Rayyan.

Calon ketiga adalah gol jaringan pemain kelahiran Brazil Serginho dari kelab Kashima Antlers menentang JDT dengan kemenangan 2-1.

Calon keempat ialah anak emas kita Safawi yang merupakan bintang Johor Darul Ta’zim atau Southern Tigers itu berjaya membuktikan keupayaan luar biasanya apabila menjaringkan gol unik yang sukar dihalang penjaga gol ketika tewas 1-2 kepada Sandong Luneng di China.

Calon kelima adalah gol akrobatik hebat daripada Shojae Khalilzadeh dari Persepolis.

Calon keenam adalah Khojiakbar Alijonov dari kelab Pakhtakor yang menjaringkan dua gol untuk kemenangan kelabnya.

Calon ketujuh adalah Kim Dae-won dari kelab Daegu FC untukk gol menarik menentang kelab Melbourne.

Calon kelapan adalah Romarinho untuk gol bagi kelab Al -Ittihad.

Calon kesembilan adalah Khalid Muneer untuk gol akrobatik gunting kelab Al-Duhail.

Calon ke-10 adalah Fabricio untuk gol luar biasa dari luar kotak penalti untuk kelab Urawa.

Link untuk anda mengundi gol terbaik untuk safawi ACL Final 2019:

-MalaysiaGazette