Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR – “Saya berusia 94 tahun. Anda mahu lihat saya menjadi perdana menteri pada usia 100?” gurau Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sidang media di lobi Parlimen hari ni.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang pembentangan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 di Dewan Rakyat hari ini.

Menteri Undang-Undang Liew Vui Keong dijangka membentangkan rang undang-undang tersebut yang melibatkan pindaan Perkara 43 Fasal 2 bagi mengadakan peruntukan berhubung kelayakan ahli Dewan Rakyat untuk dilantik sebagai perdana menteri.

Had dua penggal itu juga terpakai kepada menteri besar dan ketua menteri. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.