Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

KUALA LUMPUR- Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyatakan kekesalannya berhubung insiden tabik Nazi yang dilakukan oleh seorang graduan ketika majlis konvokesyen Universiti Malaysia Sabah, baru-baru ini.

Dalam sepucuk surat kepada Duta Jerman ke Malaysia, Nikolas Graf Lambssorff, Syed Saddiq berkata, mengangkat seorang pemimpin yang didapati bersalah melakukan jenayah perang, pembunuhan beramai-ramai dan pembersihan etnik bukan sesuatu yang boleh dibuat main-main.

Malah Islam juga melarang aksi keganasan tersebut terhadap manusia lain melainkan untuk mempertahankan diri.

Menyokong holokaus katanya, adalah bertentangan dengan ajaran Islam sedangkan masyarakat Islam sendiri pada hari ini terpaksa menyaksikan saudara-saudaranya diseksa oleh bangsa lain di Sri Lanka dan dalam tragedi Christchurch.

“Perbandingan yang dibuat oleh pelajar berkenaan yang mengatakan untuk memperjuangkan hak satu-satu kumpulan adalah dengan mempertahankan ketidakadilan kumpulan yang adalah satu pemisahan palsu,” katanya.

Tambah Syed Saddiq, walaupun beliau adalah penyokong tegar kebebasan bersuara namun tetap tidak bersetuju dengan tindakan graduan berkenaan.

Baru-baru ini, Kedutaan Jerman menggesa kerajaan Malaysia dan pihak pentadbiran UMS mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang penuntutnya yang menunjukkan simbol Nazi sewaktu majlis konvokesyen.

Katanya, Tindakan pelajar terbabit secara jelasnya juga tidak menghormati mangsa kekejaman yang dilakukan oleh rejim Hitler.

 

1 Komen

  1. sama juga dgn kominis, yg membunuh tak ada beza nya, yg membeza nya nazi membunuh juga kaum Yahudi, kalau tidak Yahudi lebih ramai lagi skrg.. yg menguasai tanah plastine..bangsa yahudi yg tak sedar diri..

Comments are closed.