CAAM

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diminta menjelaskan tentang kebenaran penggabungan antara Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) dan Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Ini kerana, Pengerusi Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) Dr Nungsari Ahmad Radhi berkata, pihaknya tidak diajak berbincang mengenainya.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong bertanya apakah dengan penggabungan itu maka taraf keselamatan penerbangan Malaysia akan kembali baik selepas diturunkan daripada Kategori 1 ke Kategori 2 (sama taraf dengan Bangladesh, Ghana, Costa Rica dan Curacao).

Artikel berkaitan:Mavcom mungkin ditutup?

Mavcom akan laksana peralihan tugas sewajarnya

Katanya, sebagai kerajaan yang kononnya demokrasi, PH sepatutnya mengadakan libat-urus pelbagai pihak dalam membuat sesuatu keputusan penting.

“Bukannya secara diktator atau one man show. Jangan pula nanti, bila sudah buat keputusan, PH buat pusingan U. Ini pastinya menyusahkan dan memberi implikasi buruk kepada negara,” ujarnya. – MalaysiaGazette