Zul Ariffin

KUALA LUMPUR – ‘Muka Mark Zuckerberg pun orang boleh ‘deepfake’, inikan pula saya.’

Itu jawapan aktor sasa, Zul Ariffin apabila kecoh video seorang lelaki yang dikatakan mirip wajahnya melakukan aksi tidak senonoh tersebar di laman sosial, sejak beberapa hari lalu.

Zul berkata, pada era digital, tidak sukar untuk sesiapa sahaja melakukan teknik deepfake iaitu mencari visual lain bagi menggantikan wajah yang dipaparkan dalam video.

“Namun, saya tak sangka diri sendiri menjadi mangsa aplikasi begini.

“Saya fikir perkara begini (perkongsian video tular yang disunting melalui teknik deepfake) hanya berlaku dalam dunia politik sahaja,” katanya dipetik daripada temuramah bersama Tonton Xtra yang disiarkan hari ini.

Sejak beberapa hari lalu, netizen terutama pengguna Twitter kecoh apabila video seorang lelaki yang mirip Zul dilihat memaparkan aksi keterlaluan iaitu berbaring sambil menunjukkan alat sulit tersebar.

Deepfake adalah teknologi yang boleh menggantikan wajah individu yang dipaparkan dalam klip video di mana hasilnya seperti Imej Janaan Komputer (CGI) dalam filem.

Kesal dengan kontroversi melanda, Zul berharap rakan artis lain berhati-hati agar insiden sama tidak berulang.

Pada masa sama, sejak rakaman video itu tersebar, ‘kehilangan’ akaun Instagram (IG) pelakon filem Sangkar itu turut diperdebatkan netizen.

Namun melalui melalui kenyataan dimuat naik kelab peminat Zul Ariffin Fan Club (ZAFC), akaun IG pelakon itu tidak digodam. Sebaliknya, Zul mengambil keputusan berehat daripada media sosial.

Zul dipercayai menyahaktifkan akaun IG pada Selasa lalu selepas tersebarnya rakaman video lucah itu. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Video panas mirip Zul Ariffin tersebar