TERKINI : Umat Islam Dalam Krisis – Tun Mahathir

Sidang Kemuncak KL 2019 diadakan bukan untuk membincangkan mengenai agama sebaliknya keadaan di dunia Islam.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ini kerana semua masyarakat sedar bahawa umat Islam, agama dan negara mereka berada dalam keadaan krisis.

Jelas beliau, dunia boleh melihat negara-negara Islam dimusnahkan dan rakyatnya terpaksa melarikan diri dari negara mereka.