Pasukan penyelamat dalam usaha mencari dan menyelamat helikopter pelancongan yang terhempas di pulau Kauai, Hawaii.-US News.

MOSCOW, 28 Dis – Enam mayat daripada tujuh penumpang helikopter pelancongan yang terhempas di pulau Kauai, Hawaii ditemui anggota penyelamat, kata ketua Jabatan Bomba Kauai, Salomo Kanoho, lapor agensi berita Sputnik.

Helikopter yang membawa tujuh penumpang termasuk seorang juru terbang dan kanak-kanak itu sepatutnya kembali ke lokasi berlepas, selepas membawa penumpang bersiar-siar di pulau Kauai pada Khamis.

Pada Jumaat, Jabatan Polis Kauai berkata dalam satu kenyataan pasukan penyelamat menemui bangkai helikopter tersebut.

“Kami menemui enam mayat,” kata Kanoho lapor NBC News.

Beliau menambah operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan, tetapi “untuk menemui mangsa yang terselamat adalah tipis.”- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast