Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata tahun baharu kali ini disambut dengan harapan rakyat yang semakin menipis kepada kerajaan apabila mendakwa 2019 dipenuhi dengan janji Pakatan Harapan yang tidak ditunaikan.

Namun katanya, hanya rakyat yang mampu mengubah dan menentukan masa depan sendiri khususnya memilih kerajaan yang berkemampuan mengubah kehidupan mereka.

Beliau turut berkata, tahun baharu adalah kegagalan Wawasan 2020 yang hanya menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat terhadap peningkatan kos sara hidup sehingga mengakibatkan kuasa beli semakin kecil.

“Pada tahun kegagalan Wawasan 2020 ini, tidak pernah rakyat merasa gusar dengan kos sara hidup yang makin terdesak dan kuasa membeli yang kian mengecil berikutan keadaan tidak menentu di pasaran.

“Tidak pernah dalam sejarah Malaysia merdeka rakyatnya diperlakukan sebegini rupa oleh pemerintah berikutan segala penipuan serta janji yang hanya tinggal janji.

“Bagaimanapun, kita perlu terus melangkah demi erti sebuah kehidupan dan survival sebuah perjuangan. Rakyatlah penentu masa depan dan membentuk kerajaan yang diyakini dapat membela serta memahami denyut nadi kehidupan mereka,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Justeru bersempena bermulanya tahun baharu, Ahmad Zahid menyeru rakyat kembali kepada kerajaan yang bertanggungjawab dan prihatin untuk membela nasib.

“Tidak ada sambutan untuk meraikan tahun baharu ini tetapi rakyat mesti menilai semula pilihan mereka. Baliklah kepada kerajaan bertanggungjawab dan prihatin yang pernah menjulang mereka,” katanya lagi.-MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Mana2 kerajaan baru yg dtg selepas pemerintahan najib umno akn menghadapi kesukaran selepas kewangan negara di faraedkan dan salah guna kuasa yg berleluasa,rasuah dah jadi budaya pentadbiran najibumno ,bayangkan pelaburan tidak berkembang ,nilai ringgit semakin mengecut ,rakyat terpaksa hadapi kengkangan kewangan yg serius bukan salah kerajaan yg ada malah kesan dari kerajaan terdehulu utk hadapi perlukan masa dan makjizat.

  2. Madey and the gang yg bodoh tadbir urus negara Hj Nusi oiii… Menteri KERAjaan PeeH pulak bodoh-bodoh laka sbb pengundi KERAjaan PeeH pun bodoh tertipu hahaha…

Comments are closed.