DUBAI – Iran tidak akan menyerahkan kotak hitam pesawat Ukraine International Airlines kepada pembuat pesawat, Boeing, kata ketua organisasi penerbangan awam Iran.

Ali Abedzadeh berkata, adalah tidak jelas negara mana Iran akan menyerahkan kota hitam itu bagi membolehkan data penerbangan dianaliisis, lapor agensi berita Mehr.

Pesawat Boeing milik Ukraine International Airlines itu terhempas sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang Imam Khomeini di Tehran menyaksikan kesemua 176 penumpang terbunuh. – Agensi