Pesawat Hurjet

ANKARA – Turki mempelawa syarikat-syarikat Malaysia untuk menyertai pengeluaran pesawat pelatih dan pesawat serangan ringan dikenali Hurjet, kata Ketua Pegawai Eksekutif Turkish Aerospace Industries.

Malaysia boleh memberi sumbangan kepada teknologi pesawat menerusi pengeluaran bahagian pesawatnya, kata Temel Kotil kepada aganesi berita, Anadolu.

Kotil berkata: “Kami perlu mencari rakan niaga antarabangsa. Ia adalah projek yang besar, bukan hanya untuk Turki,”.

Tawaran tersebut diharap dapat menarik syarikat Malaysia dan pihaknya menjangka pendekatan yang positif, tambah beliau.

Katanya, Malaysia, Indonesia, Bangladesh, Pakistan dan Kazakhstan adalah penting kepada Turkish Aerospace Industries.

Menurut Kotil, Turki dan Malaysia telah memeterai perjanjian kerjasama dalam pengeluaran komposit.

Malaysia mempunyai kemudahan pengeluaran komposit yang baik namun tidak dalam bidang penerbangan, ujarnya.

Sementara itu, beliau yang merujuk kepada helikopter ulititi pelbagai peranan Gokbey berkata, helikopter itu boleh digunakan di seluruh dunia dan ia merupakan satu projek yang bagus.

Pegawai Eksekutif Perhubungan Awam Turkish Aerospace Imfustries, Selen Yilmaz memperagakan kapal pesawat tanpa pemandu buatan Turki pada Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) Ke-16 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC). foto SYAFIQ AMBAK, 18 APRIL 2018.

Kotil juga berkata, syarikatnya boleh berkongsi teknologi projek lain seperti pesawat tanpa pemandu (UAV), Anka dan Aksungkur. – Agensi