Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (Amanah) memandang serius budaya mengkafirkan sesama umat Islam atau dikenali sebagai budaya takfiri yang semakin menular dalam masyarakat Melayu Islam di negara ini.

Presidennya, Mohamad Sabu berkata, Amanah berpandangan budaya Takfiri ini jika tidak dihentikan dengan segera, boleh mencemarkan imej Islam, sekali gus memusnahkan keharmonian Malaysia seperti apa yang berlaku kepada negara Timur Tengah khususnya di Iraq dan Syria.

Dengan kata lain, ia juga boleh menyemai sikap dan pemikiran melampau sehingga boleh menjadi ancaman kepada keselamatan negara, katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan seorang pemilik akaun Facebook yang telah memuat naik satu status mensasarkan Naib Presiden Amanah, Datuk Seri Mujahid Rawa dengan menulis “Menteri agama, berjiwa kafir”.

Difahamkan dua laporan polis telah dibuat oleh Amanah Wilayah Persekutuan dan Terengganu.

Oleh itu, Amanah menggesa semua pihak memainkan peranan dalam mengekang budaya tidak sihat dan bercanggah dengan ajaran agama, di samping melaporkan kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan, agar ia tidak berulang pada masa akan datang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast