Huawei Y9s tampil memukau
Hharga yang ditawarkan untuk Huawei Y9 Series ni bermula dari RM799 manakala harga baharu untuk Y9 Prime ialah RM799 dan Huawei Y9s pula hanya RM999 sahaja.
Radiohead buka arkib dalam talian
KUALA LUMPUR- Kumpulan rock British mengumumkan pembukaan perpustakaan dalam talian yang mengumpulkan kesemua hasil seni kumpulan tersebut mengikut kronologi.
“Radiohead.com selalu membuat orang marah, tidak bermaklumat dan sukar dijangka.
“(Tetapi) kami sekarang lebih mudah dijangka dan sangat berinformasi.
“Kami mempersembahkan “Perpustakaan Awam Radiohead,” kata kumpulan yang popular dengan lagu Creep itu dalam satu ciapan di Twitter.
Menurut Thom Yorke, beliau dan ahli-ahli kumpulan tersebut akan bergilir-gilir menjadi pustakawan pada setiap hari dan menawarkan lawatan bermaklumat ke arkib-arkib lagu mereka menerusi media sosial masing-masing.
Aktiviti tersebut dimulakan pada 20 Januari yang lalu oleh pemain bass, Colin Greenwood.
Dihoskan di radiohead.com, Perpustakaan Awam Radiohead menampilkan bahan-bahan komprehensif dan teratur sekitar penerbitan sembilan album studio kumpulan berkenaan.
Para peminat akan mendapat keistimewaan untuk mengakses muzik video, persembahan siaran langsung televisyen, konsert dan buletin w.a.s.t.e.d serta kerja-kerja seni oleh artis British yang sering bekerjasama dengan Radiohead, Stanley Donwood.
Penularan H1N1 di sekolah terkawal
Langkah-langkah pencegahan bagi mengawal penularan H1N1 turut telah dilaksanakan.
Kos Nyonya Ronggeng RM6 juta
Filem Nyonya Ronggeng mengisahkan pengorbanan seoang wanita bernama Rose, keturunan Baba dan Nyonya yang ingin menumpang kasih sayang dari seorang jejaka.
“Mat Tere” marah dikatakan meninggal dunia
Suara dalam rakaman audio itu menyatakan Mat Tere atau nama sebenarnya, Muhamad Zul Apis Baharom diserang sakit jantung ketika berada di sebuah stesen bas, dipercayai di Kota Bharu.
Semuanya mahal sekarang, poket rakyat terjejas
Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, isu ini kritikal kerana ia menjejaskan kehidupan rakyat pada masa sekarang, tidak kira yang menetap di bandar mahupun di luar bandar.
Mujahid perlu pertimbang pemberian subsidi jemaah haji
Pemberian subsidi kepada jemaah haji sebelum ini merupakan amalan yang dibuat di zaman Barisan Nasional (BN) mentadbir kerajaan.
Shafie terima kekalahan calon Warisan di Kimanis
Dalam status Facebooknya yang dimuatnaik hari ini, Ketua Menteri Sabah itu menyatakan, PRK Kimanis pada 18 Januari lalu berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini berlaku.
Najib boleh panggil pakar kenal pasti ketulenan tandatangan
“Dalam pada masa sama, pendakwaan juga boleh memanggil saksi untuk menafikan keterangan saksi pembelaan seperti peruntukan Seksyen 425 Kanun Tatacara Jenayah jika itu yang dimahukan.
Etiqa gesa pemegang polisi sediakan butiran waris
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Kamaludin Ahmad, pada 2019, lebih 10,000 kes tuntutan kematian insurans hayat dan takaful keluarga bernilai RM400 juta telah dibayar oleh syarikat itu.
Daripada jumlah tersebut, 50 peratus berjaya diselesaikan dalam tempoh 24 jam sahaja.

















