Monday, September 7, 2026
Home 2020 January

Arkib Bulanan: January 2020

Saya kasihan tengok Shafie bersendirian di Kimanis – Rahman Dahlan

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan melahirkan rasa simpati kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kerana dilihat bersendirian ketika berkempen sepanjang PRK Parlimen Kimanis.

Berjaya kikis imej kleptokrat, integriti Malaysia kembali dihormati

Setahun selepas pelancaran NACP 2019-2023, imej kleptokrat yang dikaitkan dengan Malaysia sebelum ini berjaya dikikis sekaligus meletakkan integriti negara kembali dihormati, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

UMNO parti ‘paling berkuasa’ di dunia – Yusmadi

Senator Mohd Yusmadi Mohd Yusoff mengakui bahawa kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis pada 18 Januari lalu kerana pengalamannya sebagai parti politik paling berkuasa di dunia.

Terbuka Australia: Djokovic ke final selepas kecewakan Roger Federer

Impian Federer dari Sepanyol yang mengejar misi gelaran Grand Slam ke-21 menerusi Terbuka Australia kali ini berakhir setakat kekalahan di separuh akhir.

Koronavirus: Ayah lega anak selamat tiba di Beijing untuk pulang ke Malaysia

Jika kelmarin Adanan Long terlalu risau memikirkan keadaan anaknya yang sedang menuntut di Universiti Shandong, China, namun hari ini beliau menark nafas lega apabila Nurul Atiqah selamat tiba di Beijing.

Pekerja ECRL warga China diberi cuti ketidakhadiran susulan koronavirus

Pekerja warganegara China itu diberi “leave of absence” oleh majikan mereka sehingga wabak koronavirus di negara China berjaya dibendung.

Tiada kes positif koronavirus di Pulau Pinang

Kementerian Kesihatan mengesahkan Pulau Pinang masih bersih daripada kes 2019 novel coronavirus (2019-nCoV).

Sabah gantung sementara semua penerbangan dari China serta merta

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Christina Liew berkata keputusan yang diambil semasa mesyuarat kabinet semalam adalah bagi menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat di negeri ini.
Bursa Malaysia dibuka dengan kecenderungan negatif hari ini, berikutan harga minyak sawit mentah (MSM) dan harga minyak mentah yang rendah terus mempengaruhi sentimen pasaran.

Untung bersih Bursa Malaysia susut kepada RM185.9 juta

Keuntungan bersih Bursa Malaysia Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2019 (FY2019) susut 17 peratus kepada RM185.86 juta daripada RM224.04 juta pada tahun kewangan sebelumnya.

Kerani bank ditahan disyaki sebar berita palsu koronavirus

Seorang suspek wanita ditahan dalam operasi yang memasuki hari ketiga pada hari ini oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) kerana disyaki menyebarkan berita palsu wabak koronavirus.