Saksi, Datuk Seri Anifah Aman hadir pada perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 13 FEBRUARI 2020.

KUALA LUMPUR –  Saksi keenam perbicaraan pembelaan SRC International Sdn Bhd, Datuk Seri Anifah Aman mengamatkan suasana mahkamah sejurus selepas mengangkat sumpah pagi ini.

Anifah yang memakai kot berwarna gelap hari ini merupakan bekas Menteri Luar kelihatan ceria dan tersenyum sepanjang masa ketika bertemu pengamal media serta orang awam di lobi mahkamah.

Sejurus selepas mengangkat sumpah dan disoal apakah jawatan beliau sekarang, Anifah dengan bersahaja berkata; “Jobless,” sehingga hampir kesemua mereka dalam galeri ketawa termasuk Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Mantan Ahli Parlimen Kimanis itu akan memberikan keterangan berkaitan hubungan mantan Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah yang juga dikenali beliau ketika menjawat jawatan Menteri Luar sejak tahun 2009 sehingga tahun 2018.

Selain itu Anifah juga dijangka akan memberikan keterangan berhubung mesyuarat penting diatur di istana di Riyadh antara Raja Abdullah dan Datuk Seri Najib Razak pada 11 Januari 2010.

Antara agenda mesyuarat yang dibincangkan merangkumi perkara membabitkan pertolongan sumbangan dana daripada Arab Saudi juga  turut membincangkan pergolakan politik di negara Islam sehingga tercetusnya Arab Spring pada akhir tahun 2010.

Najib membela diri terhadap tujuh pertuduhan menyelewengkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd, yang terdiri daripada tiga pertuduhan jenayah pecah amanah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya berkaitan dengan dana SRC.

Sejak bermulanya prosiding pembelaan bagi kes ini pada 3 Disember lepas, antara yang telah tampil sebagai saksi pembelaan termasuk Najib, bekas pengurus Ambank, Krystle Yap, bekas Ketua Setiausaha Perbendarahaan, Tan Sri Irwan Serigar.

Isnin lepas pula saksi yang memberi keterangan ialah bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Syed Omar Syed Mohammad Al-Saggaf, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan hari ini Anifah.

Selain daripada saksi-saksi itu, peguambela Najib, Tan Sri Muhammad Shafee berkata, pihak pembelaan akan memohon untuk memanggil semula pegawai penyiasat bagi memberikan keterangan dalam perbicaraan kes SRC International sebelum ini.

Muhammad Shafee berkata, keterangan itu berhubung kenyataan yang dirakamkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan beberapa individu yang sehingga kini gagal dikesan, antaranya bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC, Nik Faisal Ariff Kamil.

Prosiding bermula dengan pemeriksaan utama oleh Muhammad Shafee Abdullah ketika ini di hadapan Mohd Nazlan. –MalaysiaGazette

1 Komen

  1. My reading this far proves that there was a conspiracy to topple Najib. To me, Najib is a good guy and the best PM who did so many good things for the rakyat. He helped all people regardless of their race and religion. During his tenure, the economy was doing well and there was a lot of peace and harmony in the country. His 1Malaysia brainchild is a great success when we analyze now. At the moment, under PH everything has gone haywire. I don’t know how many of you will agree to what I have written. Ever since PH came into power, everyone is suffering. It will be a good thing to call for the dissolution of parliament and hand over power to the rakyat. After all, democracy means people’s rule. What is the point of holding on to power when the rakyat is suffering? May God save Malaysia.

Comments are closed.