Angka kematian kes kematian dan jangkitan COVID-19 di Hubei terus meningkat. Foto Agensi

BEIJING – Kira-kira 242 kematian akibat Covid-19 direkodkan di wilayah Hubei, China pada hari Rabu – kematian paling tinggi direkodkan.

Terdapat juga peningkatan yang besar dalam jumlah kes jangkitan selepas 14,840 orang didiagnosis dengan virus itu.

Lonjakan kes itu berlaku selepas Hubei mula melakukan diagnosis secara lebih meluas untuk mendiagnosis kepada penduduk di wilayah tersebut.

Susulan peningkatan itu, dua pegawai di Hubei dipecat.

Kes baru jangkitan dan kematian di wilayah itu telah meningkatkan angka kematian melepasi 1,350 dengan 60,000 orang disahkan dijangkiti wabak tersebut. – MalaysiaGazette