Najib Razak

KUALA LUMPUR – Kenyataan Lembaga Tabung Haji (TH) yang menjelaskan empat rangkaian TH Hotel & Residence Sdn Bhd sudah tidak lagi di bawahnya sebaliknya di bawah syarikat tujuan khas (SPV) milik Kementerian Kewangan dipersoalkan oleh Datuk Seri Najib Razak.

Menurut Najib, bukankah kerajaan sebelum ini menyatakan SPV itu cuma menstrukturkan semula kewangan TH, oleh itu entiti berkenaan dipanggil SPV.

Artikel berkaitan: TH selesai pindah ekuiti tidak berprestasi baik kepada SPV

TH mula pindahkan ekuiti kepada SPV

“Kenapa pulak syarikat SPV cebur diri dalam usaha untuk membina jenama hotel baru serta pengurusan bisnes hotel pulak.

“Lagipun, adakah syarikat baru serta pengurusan yang baru di bawah Kementerian Kewangan lebih pandai untuk mengurus hotel berbanding TH Hotel?

“Kementerian kewangan lagi cekap dalam perniagaan hotel berbanding Tabung Haji?,” soalnya lagi dalam satu kenyataan di sini.

Artikel berkaitanTutup hotel: Ini penjelasan Tabung Haji

Raia nama baru hotel Tabung Haji yang dipindah milik kepada UJ

Kenapa hentikan operasi hotel-hotel Tabung Haji?

Mana ada tutup hotel TH, cuma pindah pengurusan, kata Kadir Jasin

Tutup hotel TH: Pas tuntut penjelasan kerajaan

Alasan jual hotel TH meragukan -Shahir

Ahli Parlimen Pekan itu turut menekankan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif TH Hotel yang memaklumkan operasi hotel-hotel tersebut dihentikan dan kakitangan terpaksa diberhentikan.

Malah, dakwanya, posting Facebook ‘ Menteri Haji’ semalam turut mengesahkan operasi hotel-hotel dihentikan serta memberi alasan kenapa dihentikan.

“Setelah dikecam satu malam, tiba-tiba Tabung Haji keluarkan kenyataan media pagi tadi untuk kata operasi hotel-hotel tidak dihentikan pulak.

“Cuma hotel-hotel dipindah milik pengurusan hotel tidak lagi bawah TH dan nama TH hotel ditukar. (maksudnya sudah jual lah tu).

“Hotel-hotel dipindahkan dan akan diuruskan oleh anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Kerajaan “bagi mengurangkan komitmen kerajaan”, kata Tabung Haji. (Yeah.. pindah ke kerajaan untuk mengurangkan komitmen kerajaan),” ujarnya.

Beliau turut bertanya mana kenyataan media Tabung Haji yang menafikan 76.2% keluasan ladang milik TH Plantations sedang dijual.- MalaysiaGazette