Raafat Maglad muncul di masjid di tengah kota London sehari selepas diserang oleh seorang jemaah. foto Agensi

LONDON – Seorang lelaki yang menikam seorang muazzin di dalam sebuah masjid di tengah London pada hari Khamis lalu bakal didakwa.

Daniel Horton, 29, dituduh menyerang Raafat Maglad di Park Regent.

Maglad, yang berusia 70-an, mengalami kecederaan tulang belakang di lehernya.

Suspek dituduh menyebabkan kemudaratan dan menggunakan senjata berbahaya, akan didakwa di Mahkamah Majistret Westminster pada hari Sabtu.

Selepas menerima rawatan di hospital, Maglad didapati muncul di masjid untuk solat Jumaat sehari selepas diserang.

Maglad berkata, dia perlu datang ke masjid kerana ia adalah rutin penting baginya.

“I akan rasa rindu, rindu untuk melakukan sesuatu yang penting. Penting untuk orang Islam,” katanya.

Polis berkata, suspek tidak didakwa kerana melakukan serangan pengganas. – MalaysiaGazette

Muazzin ditikam jemaah masjid