Mohd Puad Zarkashi
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Motif Tan Sri Tommy Thomas meminta Kementerian Dalam Negeri mengkaji semula penyenaraian Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) sebagai kumpulan pengganas di Malaysia dipersoalkan.

Sedangkan kes kematian membabitkan anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim dan kes menghina Sultan Selangor masih belum ada tindakan, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi.

“Apa motif dia. Hancur rule of law (kedaulatan undang-undang Malaysia). Kes Adib belum selesai. Kes menghina Sultan Selangor juga belum ada tindakan,” katanya yang mengulas penamatan serta-merta prosiding ke atas 12 orang tertuduh yang dikaitkan dengan LTTE.

Pengguguran 34 pendakwaan terhadap 12 tertuduh itu termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri DAP.

Artikel berkaitan: Segerakan siasatan penghina, penghasut Sultan Selangor

Hina Sultan Selangor: Laporan polis diterima, siasatan bawah Akta Hasutan

Hina Sultan Selangor: Bukit Aman rakam keterangan Kor Ming esok

Hina Sultan Selangor: Nga Kor Ming beri keterangan di Bukit Aman

Kes hina Sultan Selangor: Najib dipanggil ke Bukit Aman minggu ini

Puad mengingatkan bahawa bekas Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas, Cawangan Khas, Bukit Aman, Datuk  Ayob Mydin Pitchay pernah berkata polis mempunyai cukup bukti untuk mensabitkan mereka yang ditahan.

Artikel berkaitan; Dua ADUN DAP sampaikan ucapan, edar risalah LTTE –

Tahanan SOSMA tak boleh dijamin untuk kekang serangan dilancarkan – Ayob

“Tommy Thomas kata tidak boleh menang? Apa punya kualiti AG Pakatan Harapan ini,” katanya sambil mempersoalkan adalah kenaikan pangkat Ayob sebagai Ketua Polis Johor mempunyai sebarang kaitan. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.