Wee Ka Siong

KUALA LUMPUR – MCA menyifatkan apa yang berlaku sejak semalam berkaitan politik negara ini adalah di luar jangkaan.

Namun Presidennya, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, pihaknya akan akur dengan sebarang keputusan yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Apa sahaja keputusan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong, kita akan ikut. Sekarang situasi bukan lagi dikawal oleh kita, jadi terpulang kepada pihak istana.

“Jika kena buat pilihan raya umum pun, kita kena berdepan (pilihan raya),” katanya ketika ditemui media selepas perjumpaan pemimpin Barisan Nasional (BN) di Menara Dato Onn di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ka Siong menafikan pertemuan itu membincangkan agihan kerusi Kabinet untuk membentuk kerajaan pakatan baharu.

Jelasnya, BN tidak akan melakukan perkara yang belum pasti berlaku.

“Kami hanya datang bertemu dan menonton sidang media DAP sambil ketawa,” katanya tersenyum. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast