Annuar Musa
Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman didakwa melakukan satu pembohongan apabila menuduh Perdana Menteri menipu Yang di-Pertuan Agong dengan mendakwa semua 36 Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia termasuk dirinya, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyokongnya.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah membuat perkara yang didakwa oleh Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu itu.

“Tan Sri Muhyiddin tak pernah claim (buat dakwaan) semua Ahli Parlimen Bersatu sokong dia,” katanya.

Beliau mengetahuinya kerana terlibat dan menyimpan perincian siapa yang bersama mereka.

Annuar mengulas mengenai kenyataan Syed Saddiq dalam wawancara bersama AlJazeera.

Dalam wawancara itu, bekas Menteri Belia dan Sukan menyifatkan Perikatan Nasional sebagai kerajaan tidak sah dan pintu belakang dan menegaskan Dr Mahathir dan Yang di-Pertuan Agong tidak boleh dipersalahkan dengan perubahan kerajaan.

Ini kerana, dakwa Syed Saddiq, Muhyiddin yang mengemukakan gambaran tidak benar kepada Yang di-Pertuan Agong tentang majoriti Ahli Parlimen yang menyokong Perdana Menteri itu. – MalaysiaGazette

11 Komen

  1. TAN SRI KENA HERET SYED SADDIQ PERGI BUAT SUMPAH LAKNAT DI MASJID BARU BETUL. SETAKAT MENAFIKAN DI TEPI LONGKANG SIAPA PUN BOLEH BUAT
    JANGAN SAMPAI ALLAH LAKNATI MEREKA YANG MEMBOHONGI RAKYAT KERANA TAMAK KUASA

  2. Macai2 PH masih guna konsep sapa yg kena tuduh, kena buktikan tak bersalah.. Yang menuduh tak perlu bawak bukti..

  3. Syed Saddik? Masuk bakul angkat sendiri… kah..kah…kah … dah meroyan agaknya!

    Legasi apa? Legasi lari ikut lorong tikus… kah..kah…kah…

  4. Dah terbiasa orang dok layang awek cun bila pee mtg masa sadiq sigaraga jadi menteri. Dua taun terlioq, meleleh air lioq. La nie sapa nak jumpak dia. Tu yang meroyan

  5. Ilmar Shah….Tak perlu diajak, kalau dia rasa benar sgt dgn dkwaan dia dn rasa beliau di pihak yg benar, pegilaa buat sumpah laknat, tak perlu dibyr pun utk buat sumpah laknat cuma kena ada keberanian je….SOALNYA BERANI KE SI BUDAK TISU YG BERHINGUS NI BERSUMPAH???

  6. Sadiq. Sadiq.. Sudah2 la meroyan ingat org nak pecaye ckp ko tu.. Kencing tak tos lg bnyk songel pulak.. Phuiiii

Comments are closed.