Ibu Pejabat Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah sebanyak AS$101.7 bilion pada 31 Mac 2020.

Ia lebih rendah berbanding AS$103 billion pada 13 Mac lalu.

Bank Pusat itu berkata, paras rizab ini telah mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing.

Paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.7 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast