Ronaldinho dibebaskan dari penjara di Asucion tetapi akan dipenjarakan di rumah untuk tempoh tertentu dengan pergerakannya akan diperhatikan polis 24 jam.

PARAGUAY – Bekas pemain Barcelona, Ronaldinho yang dihukum penjara kerana terlibat dalam pemalsuan dokumen perjalanan ke Paraguay dibebaskan hari ini.

Bagaimanapun dia akan meneruskan hukumannya dengan menjalani tahanan di rumah.

Pemain berusia 40 tahun itu dipenjarakan bersama abangnya selepas kedua adik beradik itu cuba memasuki Paraguay menggunakan dokumen perjalanan palsu.

Dia kini dibenarkan keluar selepas 32 hari merengkok dalam penjara dengan syarat akan tinggal pada jarak yang terhad dan dalam pemerhatian pihak berkuasa sepanjang masa.

Ronaldinho akan diletakkan dalam tahanan rumah di Hotel Palmaroga di Asuncion. – Agensi