Suasana bazar jualan dalam bulan Ramadan tahun lepas yang tidak ada pada tahun ini kerana PKPi. Foto Fail. Mohd Naim Aziz.

RAMADAN bulan kemuliaan. Banyak kupasan ilmiah berkaitan bulan terbaik di antara bulan di dalam kalendar Islam.

Ramadan tahun ini cukup unik. Unik bukannya kerana angkanya menarik, kedatangan Ramadan tahun 2020 ini kerana kita semua menyambutnya dalam suasana tempoh pergerakan terkawal (PKP) akibat wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

Era zaman penulis, ini kali pertama menyambut Ramadan secara kelompok kecil. Secara umumnya inilah kali pertama tiadalah solat tarawih berjemaah di masjid ataupun surau secara berjemaah.

Banyak pendapat dan ulasan ulasan ilmiah agamawan yang dikongsi saban hari berkenaan erti Ramadan yang sebenar. Bukanlah satu perkara yang janggal ketika datangnya Ramadan dalam suasana tempoh PKP ini.

Sebaiknya, inilah peluang kita bersama keluarga memimpin dalam mengimarahkan bulan Ramadan di kediaman masing-masing.

Ketiadaan bazar Ramadan juga yang dikenali penulis oleh golongan muda belia dengan singkatan param tidak membataskan perniagaan usahawan yang rata-ratanya itulah sumber pendapatan utama mereka.

Teknologi dalam talian kini sudah mula dipraktikkan dan sudah mula ‘membanjiri’ media sosial komuniti setempat untuk tempahan dengan kepelbagaian menu pilihan.

Ketiadaan param ini ada hikmahnya. Ia dapat mengelakkan pembaziran secara pukal sisa-sisa makanan seperti mana laporan yang pernah kita baca seperti sebelumnya.

Suasana berbuka puasa seperti dirakamkan di Jalan Tuanku Abdul Rahman tahun lepas tidak ada lagi pada tahun ini ekoran PKP.. Foto Fail Mohd Naim Aziz.

Harapnya tahun ini kita lebih ‘menghargai’ nilai makanan dan mendidik nafsu yang biasanya tewas saban kali ada param sepanjang Ramadan.

Selain itu, tiada lagi orang ramai berkumpul di tempat-tempat awam berbuka puasa beramai-ramai dan tidak ada lagi bufet Ramadan di hotel-hotel yang membazirkan wang dan masa.

Sesungguhnya kehadiran Ramadan kali ini ditunggu-tunggu. Semoga keunikan Ramadan kali ini dapat menjadikan kita insan yang lebih baik.- MalaysiaGazette

 

MOHD. NAIM AZIZ merupakan bekas Timbalan Ketua Foto Utusan Melayu (M) Berhad dan photojurnalis.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast