Gambar hiasan

LONDON – Perlawanan bagi Liga Bolasepak England (EFL) tidak boleh diteruskan sekiranya tidak ada langkah ‘sesuai’ untuk menguji Covid-19 ke atas pemain.

Malah, tindakan itu juga seharusnya tidak membahayakan keselamatan pekerja barisan depan, demikian tegas EFL, lapor AFP.

Bola sepak profesional di England digantung sejak Mac ekoran pandemik yang melanda seluruh dunia itu.

“Ia sangat jelas, sebelum bola sepak boleh kembali, ujian sesuai untuk semua yang terbabit perlu dilakukan dan ini adalah langkah utama perancangan kami.

“Bagi memastikan tiada impak negatif kepada pekerja barisan hadapan negara, perkhidmatan keselamatan, liga dan kakitangan kelab adalah penting,” kata EFL.

Badan itu itu menjawab laporan mengenai perancangan Liga Perdana untuk membenarkan kembali aksi secara tertutup pada Jun.

EFL adalah badan induk yang mengawal liga selepas Liga Perdana yang juga liga utama bola sepak England. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast