KUALA LUMPUR – Institusi perbankan negara bersetuju untuk tidak mengenakan sebarang caj tambahan bagi ansuran pinjaman sewa beli konvensional dan syariah sepanjang tempoh moratorium.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz berkata, ini bermakna jumlah ansuran bulanan pinjaman tidak akan berubah bagi peminjam sewa beli sepanjang tempoh pembiayaan tersebut.
Artikel berkaitan:Institusi perbankan Islam tidak wajar bertindak seperti konvensional
BNM sepatutnya berpihak kepada rakyat
Bank bantu pertumbuhan ekonomi jika lupuskan faedah 6 bulan
Menteri saran bank pertimbang lupus faedah pinjaman
Wujud kekeliruan dalam kenyataan BNM tentang moratorium – Menteri
Sehubungan itu, peminjam akan perlu menyambung pembayaran ansuran seperti biasa berdasarkan terma-terma perjanjian dengan bank masing-masing, termasuk tambahan 6 bulan bagi keseluruhan jadual pembiayaan jika memilih untuk memanfaatkan moratorium tersebut.
”Kerajaan berharap keputusan ini akan dapat meringankan beban rakyat dalam tempoh yang mencabar ini,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini. – MalaysiaGazette